Habis dah cuti raya..Walaupun dapat cuti lebih kurang 10 hari, tapi rasa cam sekejap jer..Pejam celik pejam celik, dah kena balik kolej..Raya tahun ni, cukup berbeza kalau nak banding ngan raya tahun-tahun sudah..Sebab aku sendiri konpius, aku beraya ke tak ni??
Kisah di Malam Raya...
Malam raya tu, adik aku yang blaja kat uitm telah memaksa family aku untuk keluar shopping..Adik aku cakap "Jom shopping..Nak beli ape, amik je..Along bayar"..Aku masa tu dalam kepala "Wah,wah,wah...Bukan main lagi ko..Mentang-mentang la aku baru kuorkan duit PT aku..Tak sabar-sabar ko nak pancung aku ek.." Tapi takpe, disebabkan aku berhutang dengan dia RM2000, aku layankan aje..Lagipun shopping bukan pakai duit aku, duit dia jugak..Hahaha..(Devilish laugh)
Disebabkan raya tahun ni kitorang satu family tak buat baju raya, jadi malam tu kitorang keluar la bershopping kat bandar Muor (spelling orang Johor)..Mula-mula pergi cari baju untuk adik aku yang form 3 tu, habis satu Muor pusing tak jumpa baju saiz dia. Last-last, dia cakap tak payah cari..Adik aku yang ni susah skit bab beli baju ni..Aku satu family dah faham sangat dah dengan perangai dia..Lagipun dia bukan kisah ada baju raya ke takde..
Pastu aku ngan family aku pergi la Astaka..Masuk je dalam Astaka, aku pun merayap le kat men's wear..Masa tengah pusing-pusing tu aku nampak sign 70% less..Apa lagi, aku terus la pergi kat situ..Tengok punya tengok, last-last, jumpe gak baju selai yang aku berkenan...So, aku angkat le baju tu..RM40 jer..Kira ok ar tu..Setahun skali jer aku beli baju..Adik aku yang no.2 tu, beli ape tah..Kalo tak salah aku dia amik perfume..Tah la, aku pun dah lupe..Yang pasti, dia ar yang shopping paling banyak..Lantak dia ar, duit dia..Yang bongsu lak, amik 2 baju, 1 seluar..Mak, Abah ngan adik aku yang no.3, tak beli ape-ape..Lepas tu terus balik rumah..
Kisah di Hari Raya Pertama...
Memandangkan aku tidur lewat malam tu gara-gara bermain game, aku terskip la sembahyang raya..Aku bangun pun dekat-dekat pukul 11..Hehehe..Siap jer mandi, aku sarung short ngan t-shirt..Malas nak melaram..Bukan ada orang nak datang beraya pun..Orang kat taman aku tu ramai yang balik kampung...Yang tinggal cuma apek-apek ngan nyonya-nyonya jer...Pagi tu aku melantak ketupat, rendang, sambal kacang...Pendek kata, sume yang ade kat atas meja tu aku balun..Lepas makan, terbongkang atas kerusi..Kekenyangan..Aktiviti aku untuk hari tu cuma makan dan tido..
Kisah di Hari Raya Kedua...
Hari ni aku balik kampung sebelah mak aku kat Batu Pahat..Nama kampung aku Kg. Parit Nipah..Kampung ni dekat area Parit Raja ar..Kalo korang dari Batu Pahat menghala ke Ayer Hitam korang akan lalu ar kampung aku ni..Senang je nak tau sebab kat seberang jalan masuk kampung aku tu ada masjid ngan sekolah..So, petang tu dalam pukul 2 kitorang pun bertolak la balik..Aku drive..Memula ingat nak naik motor jer, tapi hari dah gelap macam nak hujan..So tak jadi naik motor..Sepanjang aku drive, macam-macam kene komen ngan Abah aku..Ada je yang tak kena..
Ops, lupa lak, untuk pengetahuan korang, Abah aku ni jurulatih memandu kat Maktab Latihan Teknik PDRM kat Bakri, Muor..Tapi apa yang dia tegur tu ada betulnya walaupun aku yakin aku tak buat salah..Kalau nak banding ilmu memandu yang aku belajar dari Abah ngan yang aku belajar dari Driving School, ilmu yang Abah aku ajar lagi berguna...Silibus memandu polis tak sama ngan Driving School..Cuma kekadang tu aku terkonpius sebab aku blajo 2 mazhab memandu..Hahaha..Eh, melalut lak aku..Sebenarnya aku nak cite yang masa ondaway nak balik kampung tu, nyaris-nyaris terlanggar sorang makcik..Boleh lak dia melintas tak tengok kiri kanan..Nasib baik aku sempat brek..Kalo tak, dah arwah dah makcik tu..
Sampai kat kampung, salam-salam ar ngan Atuk Timah(Ni nenek aku..Jangan tanya kenapa aku panggil Atuk walaupun dia pompuan)..Yang best kat kampung ni cume surrounding dia je..Kiri, kanan, depan, belakang, sume hijau..Sejuk mata memandang..Malam tu aku satu family tido kat sana...Sebenornye ada gambo umah atuk aku ni,tapi dalam henset..Leceh nak copy..Laen kali la aku tunjuk...
Kisah di Hari Raya Ketiga
Lebih kurang pukul 2, family aku bersiap-siap nak balik Muor..Lepas salam-salam ngan Atuk Timah, Paksu & Maksu, lepas dapat duit raya ($_$), kitorang pun bertolak la balik...Tapi sebelum balik, singgah dulu Batu Pahat..Masuk shopping complex..Kali ni setakat window shopping jela..Masa pusing-pusing kat situ aku dapat tengok satu adegan yang menarik (pada aku ar,pada korang aku tak tau)..
Ada satu section kat 1st floor wat sale less 50%-70% untuk cadar ngan comforter..Masa aku masuk, takde orang pun kat area tu..Tapi masa ondaway nak kuar, aku nampak orang ramai penuh kat tepi section tu..Aku pun pergi ar usha..Skali diorang dok sibuk kutip cadar ngan comforter yang berlonggok daa..Lepas tu baru aku perasan yang diorang ni telah tertipu...Rupa-rupanya promoter section tu yang longgok cadar ngan comforter dari bakul..Konon-konon barang tu tengah lelong arr...Less melampau...Nasib baik aku tak tertipu..Hahaha...Tapi berjaya ar taktik kurap yang diorang guna..Daripada takde langsung orang yang datang tengok, sampai nak habis cadar ngan comforter tu orang angkut...Tahniah kepada promoter-promoter tersebut dan takziah kepada pengguna-pengguna kerana tertipu...Tu la, sape suh tak tengok betul-betul...Kan dah terkena...
Kisah di Hari Raya Keempat
Yang ni paling best sebab....Nothing worth telling..Hahaha...(Devilish laugh)
Kisah di Hari Raya Kelima
Lepas je aku bangun dari tido, lebih kurang kol 10 pagi (gara-gara tak tido main game lagi), Abah aku ajak pegi Melaka..Pusing-pusing..Ape lagi, aku on ar..Best gak rayau-rayau..Dok kat umah bukan ade benda nak buat pun..Yang ni aku tak nak cite panjang..Korang tengok gambar dah le..
Ni gambar aku tengah posing kat kolam ikan dalam kawasan bazaar kat Dataran Pahlawan..
THE ONLY REMAINING PART OF THE ANCIENT FORTRESS OF MALACCA BUILD BY ALFONSO D' ALBOQUERQUE AND BY HIM NAMED
FAMOSA
1511
NEAR THIS STOOD THE BASTION OF SANTIAGO
Ni tegah lepak-lepak kat Muzium Samudera..Kat belakang aku ade Roda Ferris 'Eye On Malaysia' tapi tak nampak sebab adik aku sengal...Tak pandai amik gambar...
Ni masa Alfonso D' Alboquerque bagi duit raya kat aku sebab datang melawat dia..Tapi dia bagi singgit je...Kedekut btol..
Ni ape punya meriam aku pn tak tau..Yang penting posing...Hahaha
Kisah di Hari Raya Keenam
Yang ni pun takde benda nak cite..
Kisah di Hari Raya Ketujuh
Hari ni kekawan tempat adik aku keje datang beraya..Mak aku prepare laksam ngan popia je..Aku memula bajet ramai awek-awek yang datang, skali awang-awang yang ramai..Seperti yang dijangka, sume yang datang tak penah makan laksam..Bukak jer tudung saji, sume terpinga-pinga..Oleh kerana tak pernah rasa, diorang amik banyak-banyak..Pastu tak habis..Membazir betul..Nasib baik tak ramai mane yang datang..Aku tak peduli sangat ngan orang yang datang. Aku dok sibuk siapkan keje yang berlambak..Nasib baik sempat siapkan haritu..
Kisah di Hari raya Kelapan
Balik UPM ar..Ape lagi...
Tu lah aktiviti raya aku sepanjang cuti minggu lepas..Skali tengok macam beraya..Skali tengok macam tak..Ah, lantak la..yang penting, aku happy...Hahaha...(Devilish laugh)