Sempena Hari Natal ni, aku nak bagi satu teka-teki untuk korang..Sapa rasa dia hebat dalam menyelesaikan teka-teki, silalah jawab..
Soalan: APAKAH PERSAMAAN DIANTARA JAM DAN MANUSIA?
Friday, December 25, 2009
Friday, December 18, 2009
MALAYSIA BOLEH!!!
Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang telah pun berjaya mengakhiri penantian pingat emas acara bola sepak sukan SEA selama 20 tahun..Vietnam tunduk juga kepada Malaysia pada perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi..Ambik kau...Berlagak sangat...Walaupun gol tak berape nak cantik, yang penting Malaysia menang..Hahaha..Ape-ape pun, tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia...MALAYSIA BOLEH!!!
p/s:Harap-harap tak payah la kita kena tunggu lagi 20 tahun baru nak dapat pingat emas..
p/s:Harap-harap tak payah la kita kena tunggu lagi 20 tahun baru nak dapat pingat emas..
Wednesday, December 16, 2009
Bola oh bola..
Rakyat Malaysia sekarang sedang kalut menantikan perlawanan akhir bola sepak sukan SEA antara Malaysia dan Vietnam. Lepas menyingkirkan Thailand dengan kemenangan yang tak disangka pada peringkat kumpulan dan menewaskan Laos pada peringkat separuh akhir, semua orang nak tengok Malaysia membenam Vietnam di perlawanan akhir...Maklum la, kali terakhir dapat pingat emas untuk bola sepak sukan SEA ni, 20 tahun lepas (Fakta yang baru kini ku ketahui sebab aku tak pernah amik tau pun pasal sejarah bola ni)..Disebabkan perlawanan yang penting ni (penting ke?), orang macam dah lupa pasal sambutan tahun baru...Tahun baru yang aku maksudkan ni bukan tahun 2010, tapi tahun 1431H...Antara orang yang lupa tu adalah aku sendiri...Jadi, sebelum aku lupa lagi, aku nak ucapkan.....
SELAMAT TAHUN BARU 1431H
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, hidup kita akan lebih diberkati dan Malaysia akan menang petang esok. (Sempat lagi tu)
SELAMAT TAHUN BARU 1431H
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, hidup kita akan lebih diberkati dan Malaysia akan menang petang esok. (Sempat lagi tu)
Subscribe to:
Posts (Atom)