Friday, April 30, 2010

Merapu sendirian di malam yang sunyi ini....

Dekat dua bulan blog ni terbiar. Akhirnya aku berjaya meng'update' blog ni. Sibuk study ar sebelum ni. Tu yang tak sempat nak tulis entri baru tu (baek punya alasan). Aku sebenarnya sekarang ni ada dekat kolej. Ya, dekat kolej. K12 Hu-Ha!!! Orang lain semua dah balik, kenapa aku ade dekat kolej? Saja suka-suka. Hahaha. Takdelah. Aku sebenarnya dah balik minggu lepas. Ni balik sekejap jer. Mau angkut barang masuk stor. Pasal bilik yang kitorang sewa tu, tuan dia habis exam hari ni. Aku sampai kolej petang tadi. Naik bas pukul 11.30 (saja amik time tu nak skip Solat Jumaat punya pasal. Hahaha). Ngam-ngam pukul 1.30 sampai Bukit Jalil. Naik LRT, pastu Komuter, pastu naik bas. Pukul 3.30 sampai kolej. Pukul 6.30 tadi aku angkut semua barang masuk stor. Esok, cabut balik Muor. Nasib baik 2 jam je trip Muor-KL. Kalau tak, takdenya aku nak wat kerja ulang-alik macam ni.

Duduk kat bilik sensorang, dengan blok yang cuma ada beberapa kerat je orang, kacip jugok. Untuk mengelakkan kekacipan yang melampau, aku pun online le sambil memegang garfu di tangan yang aku kutip dari bawah katil roomate aku. Safety precaution ni aku ambik daripada sorang member aku (Nama dirahsiakan). Dia pernah guna suatu taktik ni ketika kitorang pergi camping zaman muda remaja dulu. Anyway, sambung je internet, terus bukak PSP. Tengok carry mark. Hampir semua markah dah ada. Bakat kreatif punya pun dah ada. Aku tengok yang tu dulu..Cam siol..Markah tak berbaloi dengan kerja yang bertimbun dia campak kat kitorang. Dah la markah paper final haritu bulat-bulat 40. Hilang 5 markah, tak ke down 1 gred. Giler betul. Prose, macam aritu jugak. Takde perubahan. The Shivmeister tak habis baca lagi kot assigment kitorang.Expository writing, dah dapat gred. Keusahawanan, lagi 20 markah tak tahu. Ni aku agak jer sebab total baru 80. Volleyball, tak tengok pun takpe. 1 jam kredit je kot. Pertanian, pun dah tahu gred. Tu pun kalau betul cara aku kira markah. Hahaha..based on carry mark, probability nak maintain cgpa, makin kelam je aku rasa..Lantak ar..Duduk komplen pun bukan leh ubah apa-apa..Baik aku nikmati cuti semester yang panjang ni..Lagi besh!!!

Sebut pasal cuti, kali ni cuti sem 2 bulan lebih kot. Lama tuuuu...Tapi cuti lama ni untuk mereka-mereka yang tidak aktif macam aku je. Pada rakan-rakan yang baru jadi MTM tu, mana leh cuti lama-lama. Kerja rajin-rajin. Train stamina kat Wall Climbing tuh. Senang sikit nak control adik-adik junior yang bakal masuk nanti..Aku dengar-dengar ramai intake baru ni sebab UPM dah wat promotion kat tv. Sapa yang belum tengok lagi iklan tu,nantikan kemunculannya di kaca tv anda..Hahaha.. berbalik pada cuti tadi, as always, bila cuti panjang jer, macam-macam plan yang di buat. Ada yang nak kerja, ada yang nak membongkang je kat rumah, ada yang nak pergi jalan-jalan, jumpa pakwe makwe, kursus lah, program tu, program ni, macam-macam la. Aku? Takde plan apa-apa. Tapi takdir telah menentukan segalanya. Hari Ahad ni, aku kena pergi Pontian. Menyahut seruan Maksu aku. Kerja dengan dia...macam dulu-dulu...Kalau nak diikutkan malas je nak pergi. Kalau kerja banyak, takpe la. kalo takde kerja, termenung jer kat kedai tu. Bosan weh...Tapi bila fikir balik, baik aku pergi je..Daripada duduk terperap kat rumah, besarkan perut yang dah tersedia besar ni. At least ade sen masuk.. ($_$) Hahaha. Lagipun World Cup dah dekat. Leh tengok match through Astro kat umah dia..(maklum le, aku tak mampu nak pasang Astro kat umah. Hahaha)

Huh, penat ar menaip..Jari unfit sebab kuat main game..Hahaha..So, aku stop kat sini jela. Akhir kata,

SELAMAT BERCUTI!!!!

3 comments:

lecka said...

happy holiday to you too.... =)

Anonymous said...

aku nak tgk jah junior2 baru k12..

Jalilah Jali said...

epi 0lidays br0!