Assalamualaikum....
Dah lame betul tak menyonteng kat blog ni. Ade la sebulan lebih agaknya. Apa pula alasan kali ni? Macam biasalah. Hahaha...
Walapun dah masuk hari ke 5, aku rasa belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Bulan puasa kali ni merupakan kali ke 2 aku sambut kat UPM. Huh, tak best langsung. 1st day puasa kat UPM. Tapi nak buat macam mana. Redha jela. Awal-awal puasa ni, sahur, ala kadar je. Apa yang ada, aku telan. Kalau tak ada apa-apa yang boleh ditelan, minum air kosong, pastu sambung tido..Hahaha..Bila nak berbuka, dalam pkul 5, mula la merayap cari makanan. Pusing-pusing kat SS. Makanan ngan minuman, macam-macam ada. Tapi takda satu pun yang buat aku meleleh air liur. Makin hilang selera ada la. Pusing bazar 1 round, tunjuk 2 3 benda,bayar, cabut balik hostel. Beli makanan cukup syarat je. Sedap ke tak,tolak tepi. Janji kenyang sudah.
Yang tu untuk 2 hari pertama puasa.. Hari ke 3, habis je kelas minor dalam pukul 12 lebih, aku cabut balik Muor.. Nak berbuka kat rumah punya pasal..Hari tu aku Solat Jumaat atas motor..Haha.. Takpa...Musafir...hahaha...Dugaan kuat betul hari tu..Sepanjang jalan dari Nilai sampai Tangkak, hujan tak berenti..Basah kuyup aku walaupun pakai baju hujan. Jalan pun boleh tahan jam. Jam bukan sebab kereta banyak, tapi sebab semua slow nak tengok accident kat jalan sebelah. 4 biji kereta sekali acccident.
Aku sampai rumah dalam pukul 3.. Kepala dah melayang...Walaupun aku bermusafir tapi puasa tetap diteruskan. Lepas mandi, aku tidur. Pukul 5 bangun, pukul 6 aku redah hujan lagi, pergi bandar ambik adik aku kat stesen bas.Lepas tu terus pergi bazar kat Sg. Abong. Cari kuih sikit..Dalam pukul 7, sampai rumah. Menu berbuka kat rumah aku hari tu ayam masak kicap je, tapi sedapnya mengalahkan ayam Kenny Rogers..Betapa nikmatnya berbuka puasa kat rumah bersama keluarga..Sedap gile kot..Hahaha..Esoknya pulak (Sabtu), Mak aku masak Soto sebab adik aku yang kat UiTM beria nak makan..
Hari ni (Ahad), tak dapat berbuka kat rumah dah sebab aku dah balik UPM pukul 12 tadi..Kena tunggu lagi 2 minggu la baru dapat berbuka kat rumah..Cuti raya..Bukan aku tak nak balik lagi minggu depan, tapi memandangkan aku dah malas skip kelas sofbol hari Sabtu..Baru sekali kot pergi kelas tu walaupun dah masuk minggu 4..Hahaha..
OKlah,aku stop kat sini dulu..Nanti bila aku rajin aku nyonteng lagi..Selamat Berbuka...
2 comments:
mmg afdal la puase ko..smtg jmaat ats mto tuw....hahahahak;D
Itu sudah semestinya..sebab tu sepanjang perjalanan aku dirahmati dengan hujan... :P
Post a Comment