Monday, January 25, 2010

Koleksi Cerpen Terdesak Siri 1

BUKAN BEGITU, ADIKKU

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Seperti malam-malam yang sebelumnya, rumahku mulai dipenuhi kanak-kanak yang datang untuk belajar mengaji dari ibuku. Aku melangkah perlahan ke bilik adikku untuk mengajaknya makan malam bersamaku. Sedang aku berjalan, aku ternampak sekujur badan terkulai di atas lantai. “Adik!” jeritku lantas berlari ke arahnya. Ku pangku adik sambil memanggil-manggil ibu dan ayah. “Ibu! Ayah! Cepat!” jeritku. “Ya Allah! Kenapa ni kak?” soal ibu dan ayahku serentak. “Tak tahu la, ibu, ayah. Kakak nak ajak adik makan malam tadi. Bila sampai, kakak tengok adik dah pengsan.” balasku.

Tiba-tiba adik bangun. Dengan wajah yang terpinga-pinga, dia terus berlari ke luar rumah. Menjerit-jerit nama Joe. Kami yang terkejut dengan perlakuan adik, mengejarnya. “Adik! Kenapa ni nak?"” soal ibuku sambil air mata mulai mengalir perlahan di pipinya. Tapi adik seolah-olah tidak mendengarnya. Dia masih terjerit-jerit bagai dirasuk hantu. Ayahku lantas memeluk adikku sekuat-kuatnya dan menariknya masuk ke dalam rumah. Semua yang berlaku telah dilihat oleh kanak-kanak yang datang mengaji dan jiran-jiran sebelah rumah. Aku geram dengan kelakuan adikku. Dia seolah-olah ingin menjatuhkan maruah keluarga kami. Aku yakin, peristiwa in pasti akan menjadi buah mulut jiran sekampung.

Keesokkan harinya, ibu dan ayah membuat keputusan untuk membawa adik berubat dengan Pak Rashid, seorang dukun yang hebat di kampung seberang. Dia memang terkenal dengan kebolehan untuk mengubati penyakit-penyakit ghaib. Pagi itu, setelah selesai bersarapan, aku turut serta bersama ibu dan ayah membawa adik ke rumah Pak Rashid. Apabila sampai di sana, ayah telah menceritakan segala yang telah berlaku. Pak Rashid mula menjalankan ritual pengubatannya. Menurut Pak Rashid, adikku telah terkena buatan orang. Kemungkinan besar dia telah terkena ubat pengasih yang diberikan oleh Joe. Aku sudah menjangkakan semua itu. Tetapi adikku tidak percaya dengan penjelasan Pak Rashid. Dia tetap yakin yang cintanya terhadap Joe tulus dan suci.

Kini, sudah dua minggu berlalu .Semenjak peristiwa adikku mengamuk tempoh hari, dia hanya bermasam muka dengan kami sekeluarga. Sudah banyak kali ibu dan ayah cuba berbual dengan adik. Namun, cubaan mereka hanya dibalas dengan jelingan. Nasihat juga sudah banyak yang kami sampaikan, tapi tiada satu pun yang mahu diturutinya. Dia tetap menarik muka apabila bertentang mata baik dengan ibu, ayah atau aku sendiri. Aku sedih. Geram. Keliru. Kenapa sampai begini sekali jadinya? Kasihan ibu. Air matanya tidak pernah kering. Saban hari ibu menangis, mengenangkan sikap adik yang ku kira sangat melampau. Ayah pula sudah tidak mahu ambil peduli lagi.

Malam itu, aku berhasrat untuk bersemuka dengan adik sekali lagi. Aku melangkah ke bilik adik. Melangkah dengan seribu harapan. Agar pendiriannya dapat ku ubah. Sampai dimuka pintu, ku lihat adik sedang sibuk menyusun pakaiannya ke dalam beg.

“Adik nak ke mana ni?”

“Nak pergi dari sini.”

“Ikut Joe?”

“Ya.”

“Adik betul-betul nak pergi?”

“Ya, kak.”

“Dah fikir habis-habis?”

“Dah”

“Adik sedar tak apa yang adik buat ni?”

“Kenapa dengan kakak ni? Adik dah cukup besar, kak. Cukup besar untuk buat keputusan sendiri”

“Tapi adik belum cukup matang. Keputusan adik inilah buktinya”

“Sudahlah, kak. Adik dah muak dengan nasihat kakak. Adik dah nekad.”

“Sanggup adik tinggalkan keluarga demi jantan tak guna tu. Besar sangatkah pengorbanan dia untuk adik kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan ibu dan ayah? Adik tak kasihankan ibu dan ayah?”

“Tapi adik cintakan Joe”

“Cinta? Adik tahu apa makna cinta sebenar?” Adik tak cintakan ayah? Tak cintakan ibu? Tak cintakan kakak?”

“Kenapa semua orang nak menentang kehendak adik? Salahkah kalau adik buat semua ni kerana cinta?”

“Bukan begitu, adik.”

“Habis?”

“Adik, satu kampung kenal siapa Joe. Belajar sampai tingkatan empat. Kaki Gaduh. Playboy. Pernah masuk penjara sebab dadah. Mengaji pun tak pernah., apatah lagi solat. Lelaki macam ni yang adik nak jadikan suami?”

“Adik tak pedulikan semua tu. Apa yang adik tahu, adik cintakan Joe.”

“Cinta semata-mata tak menjamin kebahagian, adik. Tanpa restu ibu dan ayah, adik tak mungkin bahagia sampai bila-bila. Sedarlah adik. Masih belum terlambat untuk memohon maaf dari ibu dan ayah.”

“Tidak, kakak. Adik tetap dengan keputusan adik. Adik nak hidup dengan Joe.”

Tiba-tiba, tanganku ditarik dari belakang. Aku berpaling. Rupa-rupanya ibu yang menarik tanganku. Aku dibawa hingga ke dapur.

“Sudahlah, kak.”

“Kenapa, ibu?”

“Ibu dah suruh adik buat pilihan tadi.”

“Pilihan?”

“Ya, pilihan. Ibu suruh dia pilih antara keluarga atau Joe.”

“Dia pilih Joe?”

Ibu hanya tunduk. Diam. Seolah-olah mengiakan pertanyaanku. Kesedihan jelas tertulis diraut wajah ibu. Aku memeluk ibu dengan kemas. “Tak apa, ibu. Biar kakak cuba pujuk adik lagi. Mana tahu, dia akan ikut cakap kakak.” bisikku.

Aku pergi semula ke bilik adik. Tetapi dia sudah tiada. Tiba-tiba, aku terdengar suara ayah dari ruang tamu. Aku berlari menuju ke sana. Ku lihat adik sedang berdiri dimuka pintu. Beg pakaiannya dipegang kemas. Ayah pula hanya duduk di atas kerusi. “Sebaik saja kau melangkah keluar dari pintu tu, kau bukan lagi anakku dan aku bukan lagi ayah kau.” teriak ayah. Adik hanya mendiamkan diri. “Apa yang berlaku dalam keluarga ni, bukan lagi urusan kau dan apa yang berlaku dalam hidup kau, bukan lagi urusan keluarga ini, faham?” sambung ayahku lagi. Adik hanya mengangguk tanda faham. Dengan langkah yang lemah, adik pergi.



p/s: Aku pun tak tahu berapa lama aku mengadap laptop sebab nak siapkan cerpen ni. Dah macam buat karangan sekolah rendah je aku rasa. Bahasa tahap tiru dialog drama zaman dulu-dulu..Hahaha..Silalah komen sesuka hati anda..Aku tak kisah punya...Hahaha..(Devilish laugh)

2 comments:

ezah said...

waduh..
nnti nk temph lh buku ni ye..
jgn lupe siapkan pengakhirannya..
tp crite ni cm x de klimax je..suspen pn kurg..ape genre crite ni..anyway..tahniahlh..coz blh karang crite ni..mnarik utk d bc..even blh agak pengakhirannye cmne...usaha lg..huhu..

lecka said...

cite nie ade temanye trsndiri......bagus2..heheheheh.....okay laa.....nice to read.... =)