Ahahaha...Amacam? Stylo tak? The Expendables ni sebenarnya nama team paintball kitorang. Last week kitorang join..
Tournament paintball ni adalah sempena pesta konvo UPM..Yuran RM100 je untuk 1 team (6 orang)..Tu yang sampai 75 team register untuk tournament ni..Ada 2 Kategori untuk tournament ni. Interkolej dan terbuka..Hadiah dia? Macam biasa ar, fame and fortune...Walaupun setakat dalam UPM je..Haha..Tapi finalis dua-dua kategori sangat beruntung.. Selain dapat main lebih lama dari kitorang yang kalah awal ni, dapat hamper, dapat duit, dapat medal, diorang juga akan ditaja sepenuhnya untuk compete in the up coming Cyberjaya Paintball Challenge..
Team kitorang join kategori terbuka..Apsal kitorang tak join kategori interkolej? Sebab kolej kitorang sengal..Sanggup tak hantar wakil sebab kroni-kroni semua sibuk dengan komitmen lain. Menjadi wakil kolej adalah satu kemaluan yang besar pada kami.. Lagipun kategori terbuka baru la sesuai dengan kitorang yang 'gedebe' dan 'katang'.. Walaupun semua first-timer..(Ayie ada cakap, dulu dia pernah main sekali tapi tak sampai seminit masuk dah out..So, kira first-timer jugak la kan.) Tournament berjalan selama 2 hari..First day, group stage..Second day, group stage dan pusingan kalah mati.
Setiap kali sebelum battle, urusetia akan suruh pergi khemah kelengkapan dulu. Ambil marker (senapang) dengan mask. Pastu sorang limit 50 pallet (peluru) je..Tapi aku tengok urusetia main tuang ikut suka je pallet tu..Kalau nak peluru lebih, kena beli..RM50 per packet..1 packet ada berapa pun aku tak tahu..Team kitorang of course tak beli..Semua dah sengkek..Guna je pallet yang ada..Baru thrill (baik punya alasan)..Setiap kali battle, cuma 5 orang je yang masuk war zone..Sorang lagi reserve..Duduk kat luar, tengok member battle sambil ambil gambar diorang untuk kenang-kenangan. .Sila lihat gambar kenang-kenangan kami di bawah ini..
Pali dah hilang..Jadi cameraman..
Beberapa second sebelum mula bertempur...
Bila dah menang? Pergi makan la...
Main golf sementara tunggu next battle...
Megat confuse..Dia ingat main golf macam main snooker..
Ape yang Pali intai aku pun tak tahu...
Di pusingan kalah mati, kami bertemu dengan pasukan MSN..Ya, pasukan Majlis Sukan Negara..Diakui memang mereka hebat..Tactical, co-operation, pallet belambak siap gantung kat pinggang...Complete semua..Dengan limited pallet dan weapon Megat meragam masa tengah battle, tak hairan la kitorang kalah..Lagipun masa peringkat kalah mati, 2 orang ahli kami iaitu Pali dan Roy gagal melaporkan diri kerana komitmen lain (Pali pergi rumah kawan dia, Roy merajuk sebab awek dia tak datang tengok dia main paintball..Ahaha..). Terpaksalah battle dengan mana yang ada..Lepas tersingkir dari pertandingan, kitorang layan je apa yang ade dekat Bukit Ekspo tu...