Wednesday, September 8, 2010

Selamat tinggal Ramadhan..

Tadi pakcik yang segak bergaya di atas kerusi, yang di tunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di setiap pelusuk negara dah announce, Jumaat ni kita raya..Yahoo!! Meaning, esok hari last kita berpuasa..Meaning, no more Bazar Ramadhan..Meaning, no more overspending on food and drink for berbuka..Meaning, no more cooking at college..Thank God!!. Dan esok juga, merupakan hari paling sibuk..Ada yang sibuk cari daging lembu, ada yang sibuk sembelih ayam, ada yang sibuk anyam ketupat..Ada juga yang sibuk nak balik kampung pasal baru dapat cuti..Bagi family aku, takde la sibuk sangat dengan pesiapan sebab pagi esok we will be heading to my aunt's house in Pontian..

Untuk raya tahun ni, aku dengan family akan beraya kat sana since my grandmother is not going back to Batu Pahat as always..Esok pergi pagi-pagi sebab nak tolong my aunt siap apa-apa yang patut..Biasanya sesi rewang ni aku tak terlibat sangat pasal adik-adik aku ada..Hahaha..Kerja aku biasanya anyam ketupat je..Bukan aku tak nak tolong, dah itu je yang aku reti..Haha..Esok gerak pergi Pontian, family aku semua naik kereta, but aku follow dengan motor je..Kereta tak muat sebab semua dah besar gedabak..Haha..Seksa kot berhimpit..Baik aku naik motor..Boleh usha awek tepi jalan.. :P ..Lagipun Muar dengan Pontian bukan jauh pun..Selalu kalau aku naik motor pergi Pontian, dalam 2 jam je..Hopefully esok tak hujan..

Malam ni patutnya semua kena tidur awal sebab pagi esok kami sekeluarga bertolak..Tapi aku mana pernah tidur awal..Sepanjang bulan puasa ni aku dah transform jadi burung hantu..Berjaga malam, tidur siang..Haha..Tapi memandangkan esok aku naik motor, nak tak nak terpaksalah tidur awal..Bahaya kot kepala ting tong naik motor..

Well, that's all for now..In case esok tak sempat buat entri raya;

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

5 comments:

lecka said...

selamat hari raya....maaf zahir & batin... =)

nurul izzah aziz said...

selamat hari raye pak cik enol...;D
DUIT RAYE...GAGAGA.... DUIT RAYE....

iamzulfadli said...

Kirim salam orang pontian !!!!!

wdj owner said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Assignment jangan dilupai..

reen ™ said...

selamat hari raya ;)